Saturday, 9 January 2016

MAULID, TAHUN BARU, PEMIKIRAN BARU

Assalamualaikum. Lama juga tak update blog ni. Maklumlah, cuti lama, sibuk dengan keluarga.

Insyallah entry kali ini kita nak sentuh sedikit sebanyak tentang tahun baru masihi 2016 dan sambutan maulid junjungan mulia Nabi Muhammad saw. Semoga para pengunjung mendapat manfaat, disebarkan turut menjana saham.

Bulan masihi berasaskan kiraan pusingan matahari, manakala bulan hijrah berasaskan kiraan bulan. Kita akan mendapati dalam setahun, akan ada perbezaan sejarak sepuluh hari antara dua jenis kalendar ini. Jadi jika anda berusia 32 tahun menurut kalendar masihi, anda sebenarnya sudah berusia 33 tahun menurut kalendar islam ini.

Meskipun tahun masihi ini dikaitkan dengan umat nasrani, dimulakan dengan kiraan tahun kelahiran nabi Isa a.s, namun tidak menjadi satu kesalahan bagi umat Islam bagi menggunakannya kerana pergerakan bulan bintang matahari semuanya adalah di bawah pemerintahan Allah swt jua.

Cuma, budaya dunia yang dimomokkan oleh ajaran barat, tahun baru disambut dengan pesta melalaikan, hiburan yang merosakkan tatanan adab manusia, dan juah dari ingat kepada alam yang kekal di akhirat sana. Kesan daripadanya, manusia makin jauh dari tuhan dan mengangkat nafsu menjadi raja dalam kehidupan. Setiap sudut urusan dunia, maka nafsulah menjadi formula utamanya, sehinggakan tidak keterlaluan saya sebutkan bahawa, kebanyakkan sistem di dunia ini berasaskan keinginan terhadap tuntutan nafsu manusia

Islam datang menjadi rahmat kepada seluruh isi alam. Kemunculan jasad Muhammad saw, melengkapkan kewujudan kemuliaan insan di atas muka bumi ini. Allah menzahirkan kemuliaan sifat- sifatnya yang agung melalui baginda rasul saw. sebagai contoh tauladan, al-Quran kalamullah yang bergerak.

Apabila menyebut kitab Al-Quran, ianya adalah kitab sumber panduan kehidupan sebagai hamba kepada Allah. Kandungannya diibarat buku manual bagi manusia. Sementara sunnah baginda rasulillah saw, adalah pelestarian terhadap panduan-panduan Al-Quran.

Sempena bulan rabiulawwal, bulan yg disepakati para ulama sebagai bulan kelahiran junjungan mulia, sang kekasih, sang murabbi ummah Nabi Muhammad saw. Maka sebagai manusia yang mengaku umat baginda, inginkan syafaat baginda, inginkan kesempurnaan iman, marilah kita banyakkan berselawat kepada baginda saw. Lebih banyak berbanding bulan-bulan yang lainnya. Sebagai mahabbah, rindu terhadap baginda, disamping menjalani sunnah baginda saw.

Mampunya kita untuk menjalani sunnah nabi dalam kehidupan seharian, bermula dari bangkit tidur, sehinggakan ingin tidur kembali adalah suatu anugerah daripada Allah swt. Ini jugalah yang disebut oleh baginda nabi, "siapa yang Allah mahukan kebaikan terhadapnya, maka akan diberikan kefahaman dalam beragama".
 Faham kita terhadap agama ini, adalah dengan makna diberi kesempatan menjalani kehidupan beragama, sesuai dengan faham, atau falsafah kehidupan yang ingin disampaikan oleh baginda rasul saw.

Namun, ada yang perlu kita garis bawahi bersama, ketika menjalani sunnah baginda saw., yang kita inginkan bukanlah hujjah atau ingat kita akan dalil matan dan sanad hadis yang menceritakan hal sunnah tersebut, sebaliknya, yang terutama yang sepatutnya muncul di hati adalah kehadiran sisi jiwa baginda rasul yang dirindui ketika mengamalkan sunnah baginda. Inilah falsafah yang sepatutnya kita tanam dalam benak kita sewaktu menjalani sunnah.

Allahumma sholli ala saidina muhammadinn wa ala aalihi, wa shohbihi wa baarik wa sallim.

Allahu ta'ala a'lam

Oh ya.. Jangan lupa dapatkan :
PES TOMYAM THAI ( mudah, cepat, sedap kaw)

KICAP SOS IKAN (penyedap rasa, pengganti garam)

TEH HIJAU THAI (harum, khasiat, sedap)

Hubungi call/wasup/sms:
0103442970
Us.Fadhil



Monday, 21 December 2015

Khabar Gembira Harga terkini

Assalamualaikum.

Buat pengunjung blog, terima kasih kerana sudi bertandang ke mari. Saya pun lama tidak buat apa-apa posting di sini.

Kali ini, saya ingin memperkenalkan harga terkini, setelah melihat kembali kos-kos yang terbabit dalam perniagaan ini. Kalau dulu harganya RM15 sepaket, kini,

HARGA TERKINI HANYA RM13 SAHAJA!!!

Insyallah, tuan puan yang berminat hendak merasai sendiri keharuman, keenakan, dan khasiat yang terkandung oleh teh hijau ini, bolehlah direct menghubungi saya:

Us.Fadhil
010-3442970
Sms/call/wasup/telegram

Juga saya buka peluang kepada sabahat pengunjung yang ingin berniaga teh hijau ini secara agen di kawasan masing-masing, boleh hubungi saya di nombor tertera di atas.

Insyallah. Semoga usaha ini diberkati Allah. Amin.



Friday, 4 December 2015

Bangsaku MELAYU

...................              arti sebenar Melayu yang digelapkan sejarah oleh Imperialis
Sumber Kedua Lebih Sahih daripada sumber sebelum.

Perkataan Melayu asalnya ialah daripada perkataan Arab “al-Mala-u”.
'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :
a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

Gelaran “Mala-u” mula wujud semasa zaman Merong Mahawangsa menerima Islam dan menyebarkan dakwah Islam. Pendakwah atau mubaligh Islam daripada tanah Arab dan Tanah India menikahi pribumi tempatan iaitu suku-suku tempatan. Golongan ini dipandang mulia lalu digelar “Mala-u”. Siapa-siapa pribumi tempatan yang memeluk Islam layaklah dia digelar sebagai “Mala-u”.

Jadi Melayu bermaksud mulia. Tanah Melayu adalah tanah yang mulia atau penduduknya yang mulia dengan Islam. Jadi bangsa Melayu ialah asal namanya Bangsa Mala-u iaitu bangsa yang mulia dengan Islam.

Nama Melaka ialah nama yang diubah oleh Imperialis. Asal nama negeri Melaka ialah Malakat iaitu tempat pertemuan seluruh umat Islam atau umat manusia. Negeri Malakat ialah negeri yang diperintah dan didiami oleh bangsa Mala-u iaitu bangsa yang mulia.
Sesiapa sahaja yang menetap di Tanah Mala-u. Ialah orang Islam yang mempunyai pakej Islam, mampu bertutur bahasa Mala-u, maka layak digelar Mala-u. Sekalipun datang daripada tanah Arab, India dan China.
Wallahhua’lam.
___________________________________________________________
"Kita adalah Singa yang hidup tidak ubah seperti lutong. Menyangka dirinya adalah lutong. Yakin bahawa datuk neneknya juga berketurunan lutong, Disebabkan diajar oleh penjajah untuk hidup seperti lutong."

1.Melayu ciptaan Imperialis dan dikehendaki Imperialis:
-Tidak takut Allah, mudah disogok dan dirasuah. Korupsi.
-Lemau, pemalas, sasau dan nanas.
-Banyak adu domba, iri hati dan tuduh menuduh.
-Tidak intelek, khianat, gopoh dan cetek pemikiran.
-Tidak berakhlak, suka melaknat dan mencela.
-Mudah ditipu dan suka menipu sesama bangsa sendiri.
-Berpecah belah dan banyak sengketa.
-Murtad dan sekular.

2.Jati diri Melayu sebenar seperti zaman datuk nenek moyang yang gemilang:
-Tunduk, patuh dan berserah pada Allah. Ini tunggak utama jika tidak tiadalah layak untuk menggelar Melayu kerana erti Melayu sahaja ialah tunduk dan berserah pada Allah.
-Kesantunan yang tinggi, berbudi pekerti, berlapang dada dan indah berbahasa.
-Intelek yang tinggi dan berfikiran jauh.
-Berkemahiran dan gigih berusaha.
-Rajin bekerja serta bijak berniaga.
-Tidak gopoh sentiasa hemat dan usul periksa.
-Tawadhuk dan menghormati semua manusia dan bangsa.
-Bijak mengatur langkah dan strategi.

Pilihlah sama ada nak jadi Melayu ciptaan Imperialis atau jati diri kita yang sebenar. Renungkan apa kata orang Arab dulu mengenai Melayu yang dipetik daripada kitab lama.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
( kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin jilid 1, Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al Fathani R.A, ulama tersohor bangsa Melayu di Makkah dan Nusantara)
Makna bagi Melayu ialah:-:
الرؤسأ سمو بذلك لأنهم ملأ بما يحتاج أليه

“ Pemimpin-pemimpin, dinamakan dengan demikian itu kerana pemimpin ini mereka mampu memenuhi hajat orang lain.” Lisanul Arab.

والملأ: ألخلق الملئ بما يحتاج أليه
“ Memiliki akhlak yang memenuhi keperluan orang lain. ” Imam Abu Manzur.

والملأ: الجماعة أشراف القوم

... “ Satu al jamaah, Bangsa yang mulia ”- Qamus al ma’ani.

والملأ : الأشراف من الناس

“ Manusia yang paling mulia di kalangan Manusia”- tafsir Qurtub
_____________________________________________________________

Sejarah membuktikan bahawa Islam telah datang ke Nusantara berkurun lebih dahulu daripada zaman pengislaman Phra Ong Mahawanser. Ulama Nusantara dan sejahrawan tidak menolak fakta ini tetapi apa yang dibincangkan dalam artikel ini adalah BILAKAH agama Islam (dan bangsa Melayu) diisytihar setelah diijmakkan oleh Ulama dan Sultannya menjadi agama rasmi Nusantara (dan bangsa rasmi Nusantara).

Pemerintahan di zaman ini tidak mengenepikan agama-agama lain tetapi mereka yang bukan Islam (tidak dipanggil 'Mala-u') tetapi tidak memerangi Islam - dikenakan jizyah dan mereka yang masih langsung tidak menerima corak pemerintahan ini termasuk tidak mahu membayar jizyah telah melari dan memencilkan diri ke dalam hutan dan bukit bukau.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai AL-MALA-U (9) bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.

(Nota 9)

Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah meletakkan nama 'bangsa yang baru' ini sebagai "Al-Mala-u' sempena Firman Allah SWT :

Surah Saad : Ayat 69

مَا كَانَ لِي مِنْ عِلْمٍ بِالْمَلَإِ الْأَعْلَى إِذْ يَخْتَصِمُونَ

Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (Al-Mala-ul'A'la) semasa mereka bersoal jawab.

Hadis Nabi S.A.W :

ثنا عبد الرزاق أنا معمر عن أيوب عن أبي قلابة عن بن عباس ان النبي صلى الله عليه و سلم قال أتاني ربي عز و جل الليلة في أحسن صورة أحسبه يعني في النوم فقال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت لا قال النبي صلى الله عليه و سلم فوضع يده... بين كتفي حتى وجدت بردها بين ثديي أو قال نحري فعلمت ما في السماوات وما في الأرض ثم قال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت نعم يختصمون في الكفارات والدرجات قال وما الكفارات والدرجات قال المكث في المساجد والمشي على الاقدام إلى الجمعات وإبلاغ الوضوء في المكاره ومن فعل ذلك عاش بخير ومات بخير وكان من خطيئته كيوم ولدته أمه وقل يا محمد إذا صليت اللهم اني أسألك الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وإذا أردت بعبادك فتنة ان تقبضني إليك غير مفتون قال والدرجات بذل الطعام وإفشاء السلام والصلاة بالليل والناس نيام

Telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq yang berkata telah menceritakan kepada kami Ma’mar dari Ayub dari Abi Qilabah dari Ibnu Abbas bahwa Nabi SAW bersabda “RabbKu Azza wa Jalla datang kepadaku malam tadi dalam sebaik-baik bentuk” –Aku mengira maksudnya adalah dalam tidur- Lalu Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la yang menjadi perbalahan? Baginda bersabda “tidak”. Nabi SAW bersabda “Lalu Dia meletakkan tangan-Nya di antara dua bahuku hingga aku dapati dinginnya antara dua dadaku. Atau Baginda bersabda “antara tenggorokanku”. Maka tahulah aku apa yang ada di langit dan di bumi. Kemudian Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la (yang menjadi punca) pertengkaran?”. Baginda bersabda ‘Aku berkata “ya , mereka bertengkar mengenai Al Kafarat dan Ad Darajat?”. Apa itu Al Kafarat dan Ad Darajat?. Diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”. Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam dan solat malam saat manusia tidur”. [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 1/368 no 3484 dan Sunan Tirmidzi 5/366 no 3233]

'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :

a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :

a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.

(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.) (10)
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi bangsa Melayu dahulu ialah bangsa yang taat pada Allah. Telah menjadikan tanah air mereka sebagai tanah Melayu yang bererti tanah dakwah atau tanah yang penduduknya rata-rata tunduk dan berserah pada Allah. Mereka telah memanfaatkan kelebihan strategik Tanah Melayu sebagai tempat muafakat iaitu perjumpaan semua bangsa dari Timur dan Barat untuk menyebarkan Islam disamping berdagang. Sanggup menerima mana-mana bangsa dan suku yang mahu menetap di Tanah Melayu dan boleh mengiktiraf mereka sebagai orang Melayu andai mereka Muslim dan boleh berbahasa Melayu sebagai tanda ukhwah yang dipamerkan oleh nenek moyang kita dahulu. Dek kerana ini kita dibenci dan tamadun kita dimusnahkan penjajah tak bersisa.
Jati diri kita ialah jati diri Islam iaitu tunduk,patuh dan berserah pada Allah. Siapa dakwa dia orang Melayu dan memperjuangkan Hak Melayu perlu ada sifat tunduk dan patuh pada perintah Allah disamping berserah pada ketentuan Allah. Begitu juga berakhlak dan berbudi tinggi.
Pertuturan orang Melayu dulu menggunakan perkataan Hamba dan Tuan Hamba. Semasa bertuturpun mengingatkan kita hamba pada yang Esa.
Marilah bersama kita kembali perbaiki bangsa kita supaya tahu jati diri dan identiti. Bangsa kita atau tak kira apa bangsa akan kembali mulia hanya dengan Islam. Perkasakan Islam kita. In shaa Allah bangsa kita akan kembali gemilang dan dikenal semula sebagai bangsa dakwah.

Saturday, 21 November 2015

17 PINTU MASUK SYAITAN KE DALAM DIRI MANUSIA


1. Al jahlu (kebodohan)
2. Al ghadhab (marah)
3. Hubbud dunya (gila dunia)
4. Thulul amal (panjang angan-angan)
5. Al hirshu (tamak)
6. Al bukhlu (pelit)
7. Al kibru (sombong)
8. Hubbul mad'hu (gila pujian)
9. Ar riyaa'u (pamer)
10. Al 'ujubu (bangga diri)
11. Al jaza'u wal hala'u (panik dan galau)
12. Ittiba'ul hawa (menuruti nafsu)
13. Su udz dzon (prasangka buruk)
14. Ihtiqorul muslim (merendahkan orang islam)
15. Ihtiqorudz dzunub (meremehkan dosa)
16. Al amnu min makrillah (merasa aman dari ancaman Allah)
17. Al qunuth min rahmatillah (pesimis dari rahmat Allah).

“Ya Allah, limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad, sang cahaya-Mu yang selalu bersinar dan pemberian-Mu yang tak kunjung putus, dan kumpulkanlah aku dengan Rasulullah di setiap zaman, serta shalawat untuk keluarganya dan sahabatnya, wahai Sang Cahaya.”
آمين...

Friday, 20 November 2015

TIDURLAH SAYANG


Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sebelum jam 12 dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.

Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.

Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!

Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).

Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.

Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.

Wednesday, 18 November 2015

Pantun Iklan Bermadah


Bismillah
Allahumma sholli a'la saidina muhammad

Berpagi2 keluar mencari rezeki
Sebagai asbab datangnya rezeki
Boleh saja Allah nak bagi
Tanpa asbab tanpa pemberi

Solat dhuha adalah tanda syukur
Bukan sebagai penarik rezeki
Terima kasih nikmat akan subur
Semakin syukur semakin ditambahi

Cerah pawana indah alam fana
Cerah lagi Allah yang maha segala
Cahaya pawana nampak dek mata
Cahaya Allah tembusi segala

Quran dibaca pembersih jiwa
Makin dibaca makin bercahaya
Meskipun kurang dimengerti maksudnya
Mukjizatnya tetap memberi makna

Pes tomyam thai sedap rasanya
Hubungi saya untuk menempahnya
Agen agen dijemput segera
Bahagi rezeki sunnah baginda

Kicap ikan cap dua sotong
Sebagai pengganti masinnya garam
Sekali try pasti terlopong
Sedap lain macam tu yang geram

Siapa dah tahu khasiat teh hijau
Pastinya dia tercari-cari
Warnanya cantik wangi memukau
Dah rasa sekali pasti nak lagi

Tentang halal usahlah diragui
Sudah nyata logo halal rasmi
Mereka di sana lagi maju dan diyakini
Sokonglah produk buatan muslim sendiri

010-3442970 (us.fadhil)
Sms/call/wasup/telegram/pm fb

KHASIAT TOMYAM DAN PES TOMYAM YANG MUDAH DAN SEDAP


Tom Yum disebut sebagai Tomyam oleh penduduk Malaysia ialah sejenis sup masakan Thai.

Ia disediakan dengan rencah asas seperti bawang merah, serai, lengkuas, cili api, daun limau purut, perahan limau nipis, yang direbus dengan air dan bahan yang digemari seperti daging, ayam, udang.

Dari segi kesihatan TomYum kaya dengan bahan antioxidants dan anticancer selain bantu pecahkan lemak dan kolesterol. Cili, daun limau purut, bawang merah, perahan limau nipis berfungsi membantu mentona dan menguatkan fungsi hati (hepatic), bantu detoksifikasi, membantu mengawal kolesterol.

Salah satu sebab orang-orang Thai memiliki bentuk tubuh yang langsing ialah kerana mereka makan makanan bercili selain sayur-sayuran yang jumlahnya biasanya lebih banyak dari yang biasa dimakan oleh penduduk Malaysia.

Masakan asal Tom Yum Thai mengandungi daun ketumbar (cilantro). Di Malaysia , ia tidak digemari oleh sesetengah individu kerana baunya. Daun ketumbar menyumbang antioxidant, anticancer bantu pencernaan, baik untuk sistem sirkulatori.

JADI......

Kami bantu anda dengan menyediakan PES TOMYAM THAI yang mudah untuk disediakan. Cukup sekadar masukkan dua gelas air, 2-3 sudu pes ke dalam periuk sedang (hidangan untuk 3-4 orang), dan masukkan sayur dan daging mengikut selera anda. Serai, bawang besar dan daun limau purut boleh ditambah, sekadar hiasan, tak letak pun tak mengapa, kerana pes ini sudah cukup lengkap semuanya.

Jaminan pihak kami, PES TOMYAM THAI yang kami tawarkan ini berstatus halal dan berkualiti ( halalan thoiyiban) daripada komiti halal Islam Thailand dan telah diiktiraf oleh Jakim serta jabatan kesihatan sebelum dibawa masuk ke malaysia. Produk ini antara produk terbaik Tomyam thai, jamin kaw, jamin sedap dan jamin nak lagi.

KENAPA HALAL THAI?

boleh rujuk link berikut

http://www.halal.or.th/en/main/index.php

http://www.pelitabrunei.gov.bn/rencana/item/13633-pusat-sains-halaluniversiti-chulalongkorn-thailand-berhasrat-jadi-dapur-dunia

Secara peribadi, halal thai lebih diyakini berbanding halal jakim sendiri. Kenapa? Tanyalah mereka yang tahu. :)

Produk ini, brand no 1 di thai, inilah pes tomyam, sos ikan, dan teh hijau yang org ramai duk kata sedap tu. Teh hijau Boleh buat teh o atau teh susu.. Tarik atau ice. Bau teh juga wangi.

Thai, hub makanan dunia, pengiktirafan halal yg teliti oleh suatu badan khas umat islam disana(non goverment) Bukan calang2 nak keluarkan logo halal, siap ade no siri. Berbeza amat dengan JAKIm kita, badan under goverment yg..... Faham2 lah.

Harga dan saiz ada dalam gambar


AGEN SELURUH MALAYSIA DIPERLUKAN,
pengalaman agen2 kami, habis jual sekotak atau 2 dalam masa sehari itu biasa, terutama bagi cikgu, rakan sepejabat dan kaum keluarga.

INSYALLAH, rezeki dibagi, niat niaga kerana Allah, sunnah nabi saw., kuatkan ekonomi umat islam, tawakal kepada Allah, sedekah dijalan Allah..insyallah, hidup berkah, berjaya dunia Akhirat.

Insyallah, segera hubungi kami :

0103442970. (Us.Fadhil)
Sms call wasup @ pm fb
Cod Kuala Kangsar Perak/Pasir Puteh kelantan/Poslaju