Saturday, 9 January 2016

MAULID, TAHUN BARU, PEMIKIRAN BARU

Assalamualaikum. Lama juga tak update blog ni. Maklumlah, cuti lama, sibuk dengan keluarga.

Insyallah entry kali ini kita nak sentuh sedikit sebanyak tentang tahun baru masihi 2016 dan sambutan maulid junjungan mulia Nabi Muhammad saw. Semoga para pengunjung mendapat manfaat, disebarkan turut menjana saham.

Bulan masihi berasaskan kiraan pusingan matahari, manakala bulan hijrah berasaskan kiraan bulan. Kita akan mendapati dalam setahun, akan ada perbezaan sejarak sepuluh hari antara dua jenis kalendar ini. Jadi jika anda berusia 32 tahun menurut kalendar masihi, anda sebenarnya sudah berusia 33 tahun menurut kalendar islam ini.

Meskipun tahun masihi ini dikaitkan dengan umat nasrani, dimulakan dengan kiraan tahun kelahiran nabi Isa a.s, namun tidak menjadi satu kesalahan bagi umat Islam bagi menggunakannya kerana pergerakan bulan bintang matahari semuanya adalah di bawah pemerintahan Allah swt jua.

Cuma, budaya dunia yang dimomokkan oleh ajaran barat, tahun baru disambut dengan pesta melalaikan, hiburan yang merosakkan tatanan adab manusia, dan juah dari ingat kepada alam yang kekal di akhirat sana. Kesan daripadanya, manusia makin jauh dari tuhan dan mengangkat nafsu menjadi raja dalam kehidupan. Setiap sudut urusan dunia, maka nafsulah menjadi formula utamanya, sehinggakan tidak keterlaluan saya sebutkan bahawa, kebanyakkan sistem di dunia ini berasaskan keinginan terhadap tuntutan nafsu manusia

Islam datang menjadi rahmat kepada seluruh isi alam. Kemunculan jasad Muhammad saw, melengkapkan kewujudan kemuliaan insan di atas muka bumi ini. Allah menzahirkan kemuliaan sifat- sifatnya yang agung melalui baginda rasul saw. sebagai contoh tauladan, al-Quran kalamullah yang bergerak.

Apabila menyebut kitab Al-Quran, ianya adalah kitab sumber panduan kehidupan sebagai hamba kepada Allah. Kandungannya diibarat buku manual bagi manusia. Sementara sunnah baginda rasulillah saw, adalah pelestarian terhadap panduan-panduan Al-Quran.

Sempena bulan rabiulawwal, bulan yg disepakati para ulama sebagai bulan kelahiran junjungan mulia, sang kekasih, sang murabbi ummah Nabi Muhammad saw. Maka sebagai manusia yang mengaku umat baginda, inginkan syafaat baginda, inginkan kesempurnaan iman, marilah kita banyakkan berselawat kepada baginda saw. Lebih banyak berbanding bulan-bulan yang lainnya. Sebagai mahabbah, rindu terhadap baginda, disamping menjalani sunnah baginda saw.

Mampunya kita untuk menjalani sunnah nabi dalam kehidupan seharian, bermula dari bangkit tidur, sehinggakan ingin tidur kembali adalah suatu anugerah daripada Allah swt. Ini jugalah yang disebut oleh baginda nabi, "siapa yang Allah mahukan kebaikan terhadapnya, maka akan diberikan kefahaman dalam beragama".
 Faham kita terhadap agama ini, adalah dengan makna diberi kesempatan menjalani kehidupan beragama, sesuai dengan faham, atau falsafah kehidupan yang ingin disampaikan oleh baginda rasul saw.

Namun, ada yang perlu kita garis bawahi bersama, ketika menjalani sunnah baginda saw., yang kita inginkan bukanlah hujjah atau ingat kita akan dalil matan dan sanad hadis yang menceritakan hal sunnah tersebut, sebaliknya, yang terutama yang sepatutnya muncul di hati adalah kehadiran sisi jiwa baginda rasul yang dirindui ketika mengamalkan sunnah baginda. Inilah falsafah yang sepatutnya kita tanam dalam benak kita sewaktu menjalani sunnah.

Allahumma sholli ala saidina muhammadinn wa ala aalihi, wa shohbihi wa baarik wa sallim.

Allahu ta'ala a'lam

Oh ya.. Jangan lupa dapatkan :
PES TOMYAM THAI ( mudah, cepat, sedap kaw)

KICAP SOS IKAN (penyedap rasa, pengganti garam)

TEH HIJAU THAI (harum, khasiat, sedap)

Hubungi call/wasup/sms:
0103442970
Us.Fadhil



No comments:

Post a Comment