Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala rahmat, kurnia dan kasih sayangNya kepada kita semua, dapat lah kita menghirup udara segar, menjalani nikmat yang diberi, serta masih berpeluang lagi memohon ampun atas perlanggaran nikmatNya yang saban hari ada dilakukan oleh kita. Tanda Allah kasih pada kita, kita masih lagi digerakkan untuk melaksanakan kebajikan, melaksanakan ibadat, serta masih ringan bibir dan hati kita untuk bersyukur atas segala nikmat yang diberikan kepada kita, melalui zikir kepadaNya. Semoga kita semua mendapatkan keberkatan di dunia dan keredhaan Allah yang utama di akhirat nanti.
Selawat serta salam, doa diangkat ke maratabat lebih tinggi, buat Saidina Muhammad Rasulillah saw. Cahaya daripada baginda alhamdulillah masih menyinar hingga kini, dan bertuahnya kita berada dalam umat Nabi Muhammad saw. Semoga kebertuahan ini selari dengan selawat kita kepada baginda rasul, kerana selawat merupakan salah satu jalan ke syurga, jalan memperkenalkan diri kita kepada rasulullah meskipun tidak pernah bersua, jalan menyempurnakan keimanan sebagai seorang Islam, dan jalan memperoleh syafaat nabi di hari hanya Nabi saw yang memiliki syafaatul uzhma. Allahumma sholli ala saidina Muhammad.
Coretan ini sebagai muqaddimah penulisan saya yang selepasnya kita akan berterusan insyallah berkongsi sedikit sebanyak perihal hidup kita disamping iklan terhadap perniagaan saya yang menjadi usaha rezeki atas keluarga. Insyallah semoga usaha ini, para pembaca boleh manfaatnya dan yang penting mengundang keredhaan Allah pada saya dan para pengunjung blog sekalian. amin
wassalam.
Ustaz Fadhil comey sokmo :)
gambar raya, saje nak tunjuk :P
No comments:
Post a Comment