Tuesday, 1 November 2016

Teh Hijau Murah, Terbaik...

Assalamualaikum wtb.

Demi mencabar keputusan kerajaan menaikkan harga minyak...

Maka saya umumkan harga barangan jualan saya diturunkan serta merta bagi memberi kuasa beli kepada rakyat terutama kesejahteraan ekonomi muslim..

Beli lah banyak2 buat bekal.
Zaman pemimpin yg mencengkam.
Tiada yg boleh diharap, maka kita binalah sendiri...

Harga terkini setelah merajuk pun tak berguna :

TEH HIJAU =RM13 SAHAJA
SOS IKAN 300g =RM3 SAHAJA
PES TOMYAM
224G = RM10 SAHAJA
454G = RM15 SAHAJA
900G = RM24 SAHAJA
TOMKHA = RM12 SAHAJA

RADIO QURAN =RM60 SAHAJA
IVMIST 12ML =RM24.50 SAHAJA
TUXUN MIC SPEAKER =RM1** SAHAJA

Harga belum termasuk postage
Bagi pelanggan online sahaja.

Wasup ambo
Us.Fadhil 0103442970






Sunday, 19 June 2016

Produk Baru!!!! RADIO QURAN V.2 HaLwA TeliNGa SeiSi KeLuARgA

Assalamualaikum
Salam Ramadhan Kariem

Lama dah tak update blog, namun Alhamdulillah, rezeki Allah bagi tak pernah salah alamat bahkan sering kunjung kemari. Terima kasih buat para pengunjung, para pelanggan yang turut serta dalam memajukan perniagaan ini.

Nah,,, untuk mengembang biakkan lagi cabang perniagaan, saya perkenalkan satu produk baru, sesuai dan sangat diperlukan oleh sesisi keluarga muslim....



Dapatkan Segera Radio Quran v.2
Halwa Telinga Pengundang Berkah
Pengisian kerohanian seisi keluarga

Kelebihan ;
- boleh plug n play
- boleh cas dan ada bateri boleh ganti
- ada radio fm
- ada usb tempat cucuk pendrive
- kecik tapi suara kuat
- murah tapi banyak isi
- pilihan mengikut susunan nombor

Antara isi kandungan ;

Bacaan al-Quran full bacaan x 2 qari Syeikh al Ghamdi dan Misyari@Muaqily@Sudais

Zikir:
Doa harian setelah solat Hazimin Inteam
Hizib Bahr dan Hizib Imam Nawawi
Al mathurat
Bacaan 33 ayat Manzil
Bacaan ayat Ruqyah
Zikir terapi selawat IM Najdi
Zikir munajat Ustaz Abdullah Fahmi
Zikir terapi diri Hafiz Hamidun

Nasyid:
Album Inteam 4 buah
Album The Zikr nada murni
Album Suhaimi Saad - Maksud Hidup
Album Siti Nordiana - Anakku Sayang
Album doa anak2 Tilmiz

Kuliah
Dr Abdul Basit - kitab Anak Kunci Syurga (38siri)
Ustazah Norhafizah Musa, - Usrati (22siri)
Ustaz Abdul Aziz Arof kitab Imam dan Makmum (19siri)
Ustaz Abdul Aziz Arof - kitab Tajul Urus (7siri)
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, - Mau'izati (39 siri)

Maulid
Mega maulid Habis Sheikh
Maulid Ad-Diba'ie

Harga ::::::::::::::: Cuma RM75 SAHAJA!!!
(Percuma Pos)

Berminat?

PM@
Hubungi Ustaz Fadhil (010-3442970)
Call@wasup

Wednesday, 9 March 2016

CARA MUDAH MEMASAK TOMYAM kOmPeM sEdAP!!!

Assalamualaikum

CARA MUDAH MASAK TOMYAM KOMFEM SEDAP KAW2

(Hidangan untuk 1 periuk/ 4 orang makan)

1- baca basmalah

2- masukkan 2 gelas air masak kedalam periuk yg sudah dihidupkan apinya.

3- masukkan daging@ ayam@ seafood kedalam periuk, tunggu sekejap hingga separuh masak

4- masukkan PES TOMYAM THAI LAZAT sebanyak 2-3 sudu ( ikut selera) dan gaulkan sebati mengikut arah lawan jam sambil berzikir ( la haula wa la quwwata illa billahil a'liyyil a'zhim)

5- masukkan pula bawang, serai, daun limau purut,  dan sayur ( ikut selera, xletak pun xpa, sunat ja)

6- tunggu hingga masakan mendidih

7- hidangkan dan baca doa sebelum makan..

OPPSSS.. Jangan lupa, kunci utama masakan ini adalah PES TOMYAM THAI KOMPEM SEDAP ni... Pest lain belum tentu rasa mcm ni.. Garam / tumis pun xperlu dah.

Yg ni, saya jamin sedap, jamin kaw2 rasa tomyamnya, jamin halalan thoiyyiban, jamin nak lagi lepas rasa/ habis..

Dapatkan segera dari kami!!
Hubungi
Us.Fadhil ( cod kuala kangsar/pasir puteh )
+60103442970 ( wasup/sms/kol)

Agen2 juga dikehendaki, terutama cikgu cikgi, misi2, kerja ofis kilang dll yg ramah,..( habis sekotak dlm masa sehari itu biasa bg pengalaman agen2 kami)

Khidmat poslaju ada
Harga ada pada gambar


Thursday, 11 February 2016

TEH HIJAU THAI YANG UMMPPPHHHH.

Assalamualaikum buat semua pengunjung blog produk halal thailand terbaik!!!

- lama saya tak update blog ni, namun meseg dan tempahan yang masuk tak pernah berhenti. Terima kasih kepada semua yg menyokong.

- ade orang rasa was was sebab barang dari thai, ada halal ke?? Ya!!! Memang terjamin halal. Insyallah.

Teh Hijau Thailand. Halal lagi brand no.1

- barang ni makin susah untuk diperoleh dek sekatan makin ketat di sempadan. Hargailah peniaga yg bersusah payah memenuhi permintaan para pelanggan.

- ada peniaga yang jual berlainan harga.  Ada harga rm 10 dan ada rm 18.. Raikanlah semua, yang mana anda jumpa, bertanya2, belilah dengan peniaga tersebut biarpu. Harganya mahal sikit. Disebalik tu mungkin ada tanggungjawab yg ditanggung. Kita bantu, kita dapat pahala.

- ade peniaga jual murah, itulah rezeki dia, namun sedikit hasil dan penat badan urus banyak sgt... Terkadang x padan dgn kos yg ditanggung dengan luang masa, kos minyak, internet dll..

- saya lebih selesa untuk pertengahan ( wasatiyyah ). Sy ada tanggjwab terhadap tnggungn family saya, ada kos2 tertentu yg sy hadapkan. Semoga yg berurusan dengan sy puas hati dgn layanan yg diberi.

- sebut bab khasiat, ada info sy dapatkan untuk memaksimumkan khasiat teh hijau ni, hendaklah diminum O saja... Tmbah susu atau gula mengurangkan sedikit manfaatnya.

- siapa berminat untuk jadi agen.. Jualan langsung di pasar2 mlm, sy ada design banting untuk agen yg ingin berniaga. Boleh wasup saya..

- Saja nk tegur2.. Sesiapa dah pernah beli dan cuba melalui sy, silalah komen2 dibawah.. Berniaga ni menambahkan kenalan...

Sekian...



Saturday, 9 January 2016

MAULID, TAHUN BARU, PEMIKIRAN BARU

Assalamualaikum. Lama juga tak update blog ni. Maklumlah, cuti lama, sibuk dengan keluarga.

Insyallah entry kali ini kita nak sentuh sedikit sebanyak tentang tahun baru masihi 2016 dan sambutan maulid junjungan mulia Nabi Muhammad saw. Semoga para pengunjung mendapat manfaat, disebarkan turut menjana saham.

Bulan masihi berasaskan kiraan pusingan matahari, manakala bulan hijrah berasaskan kiraan bulan. Kita akan mendapati dalam setahun, akan ada perbezaan sejarak sepuluh hari antara dua jenis kalendar ini. Jadi jika anda berusia 32 tahun menurut kalendar masihi, anda sebenarnya sudah berusia 33 tahun menurut kalendar islam ini.

Meskipun tahun masihi ini dikaitkan dengan umat nasrani, dimulakan dengan kiraan tahun kelahiran nabi Isa a.s, namun tidak menjadi satu kesalahan bagi umat Islam bagi menggunakannya kerana pergerakan bulan bintang matahari semuanya adalah di bawah pemerintahan Allah swt jua.

Cuma, budaya dunia yang dimomokkan oleh ajaran barat, tahun baru disambut dengan pesta melalaikan, hiburan yang merosakkan tatanan adab manusia, dan juah dari ingat kepada alam yang kekal di akhirat sana. Kesan daripadanya, manusia makin jauh dari tuhan dan mengangkat nafsu menjadi raja dalam kehidupan. Setiap sudut urusan dunia, maka nafsulah menjadi formula utamanya, sehinggakan tidak keterlaluan saya sebutkan bahawa, kebanyakkan sistem di dunia ini berasaskan keinginan terhadap tuntutan nafsu manusia

Islam datang menjadi rahmat kepada seluruh isi alam. Kemunculan jasad Muhammad saw, melengkapkan kewujudan kemuliaan insan di atas muka bumi ini. Allah menzahirkan kemuliaan sifat- sifatnya yang agung melalui baginda rasul saw. sebagai contoh tauladan, al-Quran kalamullah yang bergerak.

Apabila menyebut kitab Al-Quran, ianya adalah kitab sumber panduan kehidupan sebagai hamba kepada Allah. Kandungannya diibarat buku manual bagi manusia. Sementara sunnah baginda rasulillah saw, adalah pelestarian terhadap panduan-panduan Al-Quran.

Sempena bulan rabiulawwal, bulan yg disepakati para ulama sebagai bulan kelahiran junjungan mulia, sang kekasih, sang murabbi ummah Nabi Muhammad saw. Maka sebagai manusia yang mengaku umat baginda, inginkan syafaat baginda, inginkan kesempurnaan iman, marilah kita banyakkan berselawat kepada baginda saw. Lebih banyak berbanding bulan-bulan yang lainnya. Sebagai mahabbah, rindu terhadap baginda, disamping menjalani sunnah baginda saw.

Mampunya kita untuk menjalani sunnah nabi dalam kehidupan seharian, bermula dari bangkit tidur, sehinggakan ingin tidur kembali adalah suatu anugerah daripada Allah swt. Ini jugalah yang disebut oleh baginda nabi, "siapa yang Allah mahukan kebaikan terhadapnya, maka akan diberikan kefahaman dalam beragama".
 Faham kita terhadap agama ini, adalah dengan makna diberi kesempatan menjalani kehidupan beragama, sesuai dengan faham, atau falsafah kehidupan yang ingin disampaikan oleh baginda rasul saw.

Namun, ada yang perlu kita garis bawahi bersama, ketika menjalani sunnah baginda saw., yang kita inginkan bukanlah hujjah atau ingat kita akan dalil matan dan sanad hadis yang menceritakan hal sunnah tersebut, sebaliknya, yang terutama yang sepatutnya muncul di hati adalah kehadiran sisi jiwa baginda rasul yang dirindui ketika mengamalkan sunnah baginda. Inilah falsafah yang sepatutnya kita tanam dalam benak kita sewaktu menjalani sunnah.

Allahumma sholli ala saidina muhammadinn wa ala aalihi, wa shohbihi wa baarik wa sallim.

Allahu ta'ala a'lam

Oh ya.. Jangan lupa dapatkan :
PES TOMYAM THAI ( mudah, cepat, sedap kaw)

KICAP SOS IKAN (penyedap rasa, pengganti garam)

TEH HIJAU THAI (harum, khasiat, sedap)

Hubungi call/wasup/sms:
0103442970
Us.Fadhil